Monday, 29 August 2016

TARGET KAHWIN DALAM MASA 3 TAHUN HADAPAN

Fuhh lama tak update blog ni , dah bersawang pun ni . sebab dah lama tak update hakak nak share tips paling penting !! Tips apa ? tips cara nak simpan duit belanja kawin .

AMARAN !! TIPS NI HAKAK BUAT UNTUK YANG BERGAJI KASAR ANGGARAN RM2,500 SEBULAN !! * yang kurang pun boleh cuma perjalanan masa nya agak panjang ye .


Kiraaan Mudah Simple kite senang je kawan kawan semua 

Cara Mudahnya .

SEHARI  : RM12.00 
1BULAN : RM372.00
1TAHUN : RM4,464.00
2TAHUN : RM 8,928.00 ( dah boleh kawin tapi kene banyak cut cost cth , jangan nak wedding                                                of the years sangat nak baju pelamin tema fairtail sangat ye + gosok 
                                             pak sedara ke mak sedara ka, buat tabung kebajikan kau nak 
                                             kahwin kat family member , islam kan mudah )
3TAHUN : RM17,856 ( dah boleh senyum sikit , tapi kene engat berbelanja kene bijak ya  )

ISU KITA SEKARANG MACAM MANA NAK SAVE RM 12.00 SEHARI ?

  • Bukan senang taw nampak je amount tu sikit RM12.00 kan tapi berhuhu jugak kan. Kiraan yang hakak buat ialah untuk korang ikat perut taw engat IKAT PERUT ! 
CARA-CARA IKAT PERUTNYA !

  1. Bayar keperluan yang wajib dulu lepas je gaji bayar segala tanggungjawab antaranya :
  • Kereta = RM400.00 ( anggaran ye )
  • Minyak = RM400.00 ( anggaran ye , jika rumah jauh kena tambah jangkaan simpan ye )
  • Tol = RM200.00 ( anggaran )
  • PTPTN : RM100.00 ( sikit sikit lama lamajadi bukit )
  • SEWA RUMAH = RM200.00 ( duduk share dengan kawan , anggaran satu rumah ada 5 org )
  • UTILITI = RM50 ( api + air + astro )
  • MAK AYAH =RM400.00 ( jika ada lebih bagi ler lebih xpun explain dengan parents terang2 )
  • MAKAN HARIAN : RM310.00 ( sehari belanja Max RM10.00 jika boleh bawak bekal )
  • ROKOK = RM62.00 ( isap rokok selain dunhil + 4 kotak sebulan sahaja ya ) 
SEMUA NI ANGGARAN JE YE , KALAU KORANG BOLEH SAVE LAGI DARI SEGI DUIT MAKAN + ROKOK MEMANG SAVE BANYAK TAW .

NAK KAHWIN MEMANG KENA SAKIT SIKIT , TAK PE KENE ENGAT KITA MEMBINA MASJID NI , NAK BUKA PINTU REZEKI NIE !

Wednesday, 15 June 2016

PETUA NAIKKAN SERI WAJAH UNTUK BAKAL PENGANTIN


  • PETUA TRADISIONAL 



1) 44 hari sebelum menjelang hari bahagia

Kata orang, petua ini amat bagus. Hasilnya jika anda amalkan, keserian wajah insyaAllah akan berpanjangan. Petua pertama adalah dengan mengamalkan diri memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari. Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan seterusnya anda makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Jadikan petua ini amalan anda untuk tampak berseri setiap masa.


2) 30 hari sebelum menjelang hari bahagia
Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehinggalah warna air berubah kehijauan. Selepas itu, ada gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah anda. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. Info tambahan, air rebusan sireh ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik juga.



3) Timun sebagai eyemask
Seperti sedia maklum bahawa timun mempunyai khasiat yang sangat bagus, di samping sejuk. Jadi anda hiriskan timun, jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam. Petua ini membantu menghilangkan lebam di bawah mata (eyebag) akibat tidur lewat atau mata penat serta membantu anda menghilangkan mata rasa lesu dan letih. Oh hirisan timun ini juga berupaya untuk menegangkan otot bawah mata! Bagus bukan?


4) Lobak sebagai masker muka
Lobak yang kaya dengan vitamin E yang dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Paling utama, ia juga dalam melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam

5) Air kelapa tua membantu melembapkan wajah
Wajah yang kering dan kusam akan perlihatkan kita seperti sakit. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai masa lapang, cari kelapa tua, dan ambil airnya. Amalkan basuh muka anda menggunakan air kelapa tua itu tadi, biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air bersih. Jadikan ini amalan, anda pasti peroleh kulit muka yang lembap berseri!
  • PETUA MODEN




1) Tidur yang secukupnya

Cuba untuk dapatkan tidur yang secukupnya sebelum menjelang hari bahagia supaya badan sihat dan lebih bertenaga. Elakkan juga bangun lewat kerana seri wajah akan hilang jika anda bangun lewat! Bangun seawal 6 pagi. Amalkan mandi sebelum anda mengerjakan solat subuh, dan sesudah solat, luangkan masa melakukan senaman pagi 5-10 minit menghirup udara pagi. Paling utama, pastikan tidur anda 6-7jam setiap hari!


2) Luang masa di pusat rawatan kecantikan
Seminggu sebelum menjelang hari bahagia, luangkan masa di pusat rawatan kecantikan. Belanja lah lebih sedikit untuk tampak manis berseri di hari bahagia. Lakukan rawatan muka, badan serta pergi ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut agar tampak sihat dan bermaya di hari bahagia anda


3) Minum air putih 8 gelas atau 2 liter setiap hari
Admin kelaskan minum air putih sebagai petua moden kerana admin percaya petua ini tidak makan dek zaman. Pastikan anda minum segelas air selepas bangun dari tidur, sebelum mandi (gosok gigi) jangan tidak tahu ya pembaca sekalian, kerana air ini boleh membantu mencuci dalaman anda serta membantu melancarkan perjalanan darah yang juga dipercayai membantu menaikkan seri wajah anda. Tips menarik untuk dikongsi bersama anda adalah pastikan anda minum air putih (air suam) dalam keadaan duduk. Mengikut sunnah nabi, dengan cara melihat terlebih dahulu air di dalam gelas, bacakan bismillah, selawat ke atas Nabi dan minum dalam keadaan duduk. Menurut sains, dengan minum secara duduk sebenarnya membantu usus kita berkerja kerana jika anda minum dalam keadaan berdiri, dipercayai sebenarnya usus anda berada di dalam keadaan tersekat atau tersumbat. Hal ini kerana terdapat lubang yang ditutup ketika kita berdiri yang membantut urusan 'kerja' usus kita


4) Ambil supplement untuk pemberi tenaga
Pengambilan supplement atau minuman tambahan amatlah digalakkan bagi membantu anda mendapatkan tenaga yang diperlukan. Lebih lebih lagi dalam menyediakan persiapan hari bahagia, pastinya anda memerlukan tenaga tambahan. Kerana pastinya hari anda penat, jadi dengan pengambilan supplement di samping memberikan tenaga, turut menyumbang menyerikan lagi wajah manis anda. Dapatkan supplement yang bersesuaian di farmasi berdekatan!
Petua-petua ini admin peroleh hasil daripada temubual dan kaji selidik yang admin lakukan. Meskipun banyak rawatan moden, tetapi jangan dilupakan terus rawatan atau petua tradisional. Mana datangnya sekarang kalau tidak ada yang dahulu. Kan? Selamat mencuba sayang sekalian!

Tuesday, 14 June 2016

Tips SIMPAN duit untuk majlis PERKAHWINAN anda .




1. BUAT SIMPANAN SETIAP BULAN 


Yang ini korang boleh guna duit Gaji. Kumpul sebulan sekali sahaje.
Setelah ditolak semua pembelanjaan, baki yang tinggal tu, korang asingkan tepi untuk simpanan bulanan.

Paling rendah RM100 sebulan. Kalau korang nak cepat kahwin, korang boleh simpan RM400 sebulan atau lebih. Kalau setahun sudah banyak kan??

Yang penting, korang kena simpan di dalam bank atau ASB. Kalau simpan di dalam bank, pastikan kad ATM bank tu sorok kan sekali, korang letak lah kat atas almari ke, kat dalam laci ke, atau pon boleh bagi mak ayah simpankan. Cara macam ini, boleh buat korang tak cucuk duit kat ATM dengan sengaja atau tanpa sengaja. Kadang korang sesak sikit, dah mula nak ambik duit kat ATM untuk belanja, mula2 RM50 je, lama2 habis semua duit simpanan. Atau cara kedua, korang simpan dalam ASB. Susah nak keluarkan duit melaui ASb, korang kena beratur ambik number, kena tunggu lah, kena bayar parking lah, lagi pon dalam buku ASB nanti tulis duit keluar masuk. Kalau pasangan korang nak tengok duit simpanan tu, korang bagi ja buku ASB. Kalau tetiba duit kurang, korang tahan lah telinga dengan pasangan korang.. haha..


2. SIMPANAN BERSAMA PASANGAN ANDA


 Sepakat membawa berkat. Pasangan lelaki dan perempuan digalakkan kumpul duit bersama. Jika si lelaki kurang berkemampuan atau kurang simpanan, si perempuan boleh tolong untuk simpanan untuk meringankan beban si lelaki.

Jumlah simpanan mengikut kemampuan korang. Kalau saling tolong menolong, nanti pasti boleh kumpul duit untuk kahwin dengan cepat. So, korang bolehlah cepat2 kahwin kan?? Gedik lah tu.. haha..

Bila cakap saja mengenai simpan duit untuk kahwin, ramai yang menunding jari ke arah si lelaki. Tapi tidakkah berkahwin ini perkara yang perlu dibuat bersama? Ye duit hantaran diberi, tapi duit tersebut hanya dapat menampung sesetengah kos sahaja dalam majlis resepsi.

Wahai kaum hawa, anda juga yang akan berkahwin dengan jejaki itu. Kehidupan selepas kahwin akan bermula dengan anda berdua, jadi janganlah bebankan si dia seorang dalam hal menyimpan duit ni.


3. BUAT TABUNG SIMPANAN SENDIRI

Menabunglah.. Sikit2 lama2 jadi bukit.. Selepas membuat simpanan bulanan, korang kena ada simpanan harian pula. Sediakan tabung, ambil tin atau balang yang kecil saje. Sebab mudah dibawa kemana sahaja, boleh letak dalam beg atau kereta.

Simpanan tabung harian ini, ikut suka korang nak letak berapa. Paling rendah korang hadkan RM2 sehari. Lagi banyak lagi bagus.

Macam mana korang nak simpan??
(1) Cara pertama, selepas korang beli makanan atau apa2, balance tu korang bubuh dalam tabung.
(2) Cara kedua, setiap kali korang jumpa pasangan korang, korang paksa dia derma kat korang.. hehe.. yang ini kena paksa, kalau tak paksa, dia buat bodoh ja.. Sekali jumpa pasangan mintak tips. Janganlah mintak banyak2, kang pasangan korang tak jumpa dah lepas nie. Kalau jumpa korang, dia terus meyorok belakang pokok.. haha..
(3) Cara ketiga, korang PAU lah kawan2 ka, mak ayah ka, sapa2 ka yang korang kenal. Setap kali mereka suruh korang buat apa2, korang mintak lah tips. Jangan mintak lebih2, kang semua lari menyorok belakang pokok juga.. haha..

​Selapas penuh 1 bulan, ambil duit tu simpan dalam bank (bersama simpanan bulanan tadi)


4. BUAT KERJA SAMBILAN

Membuat kerja Part-Time atau kerja sambilan adalah amat digalakkan untuk korang yang ingin mencari duit lebih. Selain daripada simpanan bulanan dan simpanan hari, korang juga boleh cuba kerja part-time. Daripada masa korang banyak terbuang dari petang hingga kemalam, korang boleh ini dengan pelbagai kerja part-time.
"Bersusah-sudah dahulu, bersenang-senang kemudian".. betul x?

Banyak kerja part-time yang korang boleh buat, contohnya buat overtime ke, cari kerja sebelah malam ke, membuat tempahan kek kuih dan lain2. Korang boleh je search kat internet jawatan2 part-time.

AWAK pon ada buat kerja part-time. AWAK bekerja office hour, dari pukul 8.30pagi hingga 5.30 petang.. kebetulan AWAK search dalam "mudah.my", dapatlah kerja part-time berdekatan dengan rumah AWAK, syukur alhamdulillah.. AWAK start kerja part-time tu dari pukul 6.00petang hingga 9.30malam untuk setiap isnin hingga jumaat, hari sabtu dan ahad kira full day dari 10.00pagi hingga 7.00malam.. nak cari duit punya pasal, AWAK terpaksalah kerja pagi petang siang malam tanpa cuti.. huhuhu..
Korang nak tahu AWAK kerja apa? jeng.. jeng.. jeng.. hehe..
nenekMW kerja call centre, untuk kaji selidik pemasaran, kerja depan telefon je, tak perlu jual barang.. cuma call orang untuk buat kaji selidik, ada bayak soalan, AWAK tanya lah semua soalan tu dan orang tu jawab. selalunya kajiselidik di tentang kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan yang diberikan oleh AWAK, contohnya dari maybank ke, etiqa ke, dan banyak lagi.. tengoklah tender apa yang kita dapat. kira macam Autorize company untuk customer service syarikat tertentu, selalunya dari bank. Kerja AWAK hanyalah bertanyakan soalan kepada customer sahaja.. senangkan?? korang ingat senang, berbuih air liur nie tau, asyik bercakap ja.. dah sampai tak ada air liur dah nie.. huhu.. 1 orang customer ada dekat 50 soalan, lebih kurang 15 minit nak layan customer tu. dapat customer baik, dia teruskan sampai habis.. dapat customer kurang baik sikit, belum cakap apa, baru cakap hello, dia terus letak.. ingat AWAK nie alaong ke nak kutip hutang.. haha..

Korang cari lah kerja part-time.. kumpul duit banyak2.. bersusah-susah daluhu, bersenang-senang kemudian.. In Syaa Allah..

Untuk mereka yang ada masa lebih, boleh lah mula membuat bisnes kecil-kecilan. Walaupun untungnya tidak besar, sekurang-kurangnya ada juga duit lebih untuk ditambah ke dalam tabung simpanan kahwin korang.

“ cakap je reti, nak mula bisnes mesti ada modal." korang boleh mula dengan menjual barang-barang terpakai yang tidak diperlukan lagi. Waktu untuk korang bersihkan rak buku, rak almari segala rak yang telah berabuk lama tu. Cara kedua, cari pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah. Contoh: Penulis Artikel Blog Sambilan, Membuat Kek Cawan Pada Hari Minggu, Membuat Barang Kemas Handmade dan lain-lain. Di era moden ini, kita ada Facebook, Instagram dan pelbagai laman social yang dapat membantu mempromotekan hasil kerja kita. Gunakan laman social ini sebaiknya.


5. JIMAT BILE BERBELANJA


Yang ini amat penting, kalau tak jimat, korang tak akan boleh simpan duit.. kena jimat dari semua segi.. kalau dulu habiskan duit RM20 sehari, sekarang korang kurangkan ke RM10 sehari.. Cuba kurang selagi boleh. Jangan suka bershopping sana sini. Nanti lepas kenduri, korang shopping lah puas2.. Beli barang yang perlu sahaja.

Dah rekodkan perbelanjaan korang?

Cuba korang lihat kembali rekod perbelanjaan korang tu.
Korang mungkin akan terkejut apabila melihat kembali rekod perbelanjaan : RM30 untuk ais krim, RM10 untuk tiket letak kereta, dan mungkin juga RM40 untuk tiket wayang (bila belanja kawan-kawan ataupun girlfriend/boyfriend).

Korang akan melihat beberapa banyak pembaziran yang korang lakukan.
Dan yang anda korang kurangkan.
Bergantung kepada berapa banyak yang korang perlukan, mungkin korang perlu membuat beberapa keputusan yang sukar.

Apa yang penting?
Fikirkan tentang keutamaan korang dan potong mana-mana yang boleh potong.
Kira berapa banyak yang korang boleh berjimat kemudian tengok berapa yang akan korang dapat dalam tempoh setahun.

Korang akan menjadi lebih bermotivasi untuk untuk menyimpan bila korang tahu berapa banyak korang dapat jimat.

11 soalan di bawah boleh digunakan untuk korang bertanyakan kepada diri korang mana yang korang boleh potong kos hidup korang.


  • Bolehkah korang bergerak ke sebuah apartmen atau rumah yang sewanya lebih murah?

    1. Bolehkah korang membiayai semula (refinance)?
    2. Bolehkah korang menjimatkan wang pada minyak, atau tidak menggunakan kereta langsung? Jika keluarga korang mempunyai banyak kereta, bolehkah korang menggunakan hanya satu?
    3. Bolehkah korang mendapatkan kadar caj yang lebih baik untuk insurans anda? Telefon bank-bank dan syarikat insurans yang ada dan pastikan korang mendapat harga terbaik.
    4. Bolehkah korang berhenti menggunakan telefon landline (talian darat) dan menggunakan telefon bimbit korang atau menyimpan wang dengan menghubungi melalui internet secara percuma dengan perkhidmatan seperti Skype?
    5. Bolehkah korang hidup tanpa Astro?
    6. Bolehkah korang mengurangkan bil-bil utiliti (telefon, elekktrik dan air) korang?
    7. Bolehkah korang mengurangkan makan di luar?
    8. Bolehkah korang membeli bahan makanan secara banyak-banyak untuk mengelakkan korang kerap keluar?
    9. Bagaimana dengan menggunakan kupon?
    10. Boleh korang masak di rumah? Anda mungkin dapat menjimatkan wang yang banyak apabila membeli banyak-banyak sekali gus.

    Beli hanya semasa diskaun TETAPI jangan jadikan alasan untuk membeli sepanjang masa ada diskaun. Kadang-kadang itu adalah trik pasaraya dengan letah harga tinggi dan cakap ada diskaun sebanyak tu.
    Berhati-hati dengan taktik pasaraya.
    Jika anda boleh jimat berbelanja sampai 50% pun dah bagus dah.



    6. MASAK "n" MAKAN DI RUMAH SAJA


    Memasak adalah lebih jimat daripada membeli makanan bungkus setiap hari. Korang beli barang2 sebulan sekali, budget dalam RM50 hingga RM100. 

    Korang buat menu apa nak makan hari ini, esok nak makan apa, lusa nak makan apa.. korang jangan lah masak banyak2 atau meriah2 sangat.. sekadar nasi, kicap dan telur pon boleh.. hehe..

    Nanti lepas kahwin, korang makan lah apa yang nak makan.. suruh je isteri korang masak atau beli je kat kedai. Sementara tengah kumpul duit nie, AWAK sarankan korang makan ala kadar je, makan untuk hidup.

    Macam AWAK, masak nasi kosong dan kukus sayur sayuran je, makan ala-ala diet katakan.. sedap juga.. 

    Yang penting, korang jangan lupa bawa bekal ke tempat kerja. Perdulikan apa kawan2 nak kata, bukan dia bagi kita duit pon... kan...



    7. BELAJAR PUASA 

    Ini salah satu cara paling senang tapi susah nak dilakukan. Lakukan dengan istiqomah. Mula-mula buat hari isnin dan khamis. Kalau tak boleh, pilih satu hari dalam seminggu dan puasa. Jimat belanja masa tu sebab bila kita berpuasa, kita tak leh nak ikut nafsu kita sangat. Nak beli itu, nak beli ini, nak kutuk jiran sebelah, nak gosip kat opis, nak tendang anak orang dan memacam lagi.

    Jadi, terpelihara sikit dari buat dosa.

    Dan dalam masa yang sama, duit kita pun akan lebih terpelihara dan beli benda-benda baik sahaja.



    8. BERSEDEKAHLAH

    Bersedekahlah, walaupun gaji kita tak banyak. Paling senang, setiap kali korang ke masjid, masukkan ke dalam tabung masjid. Ada kempen menderma, dermakanlah seikhlas hati.
    In-Sya-Allah, apa yang korang keluarkan tidak sia-sia, malah dibalas berganda-ganda. Jadikan tabiat rajin bersedekah. In-Sya-Allah, hati korang pun akan lebih tenang.



    9. JANGAN SEKALI BUAT PINJAMAN PRIBADI 


    Kalau dah nak kumpul duit untuk kahwin, buat apa kan nak buat pinjaman peribadi, kan??
    jangan lah buat pinjaman peribadi, nanti sehingga 5 tahun masih membayar hutang.
    Sekarang banyak kes , sanggup pinjam beratus ribu majlis nak gempak , anak 3 belum tentu habus bayar , ada juga jadi kes sampai bercerai pon belum habis bayar hutang perkahwinan , jangan tambahkan beban
    Berbelanjalah ikut kemampuan diri bukan kehendak diri , lepas kahwin lebih penting , sebelum buat apa apa keputusan , mu7ngkin boleh dapatkan pendapat orang lebih arif / Tua .


    10. ELAKKAN PENGUNAAN KAD KREDIT


    Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai Jangan gunakan kad kredit!!!

    Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata.

    Kenapa? Sebab korang tak nampak duit tu berkurangan di depan mata korang.
    Jika korangguna wang tunai, korangboleh melihat duit tu berkurang dan berkurang dan sekurang-kurangnya adalah rasa menyesal bila belanja banyak sangat.

    Jika korang perlu mempunyai kad kredit tetapi tak nak tergoda, letakkan dalam kertas matlamat korang dalam dompet korang. Korang rasa nak guna je, korang nampak matlamat korang atas kertas. Kalau semangat korang kuat, korang akan ingat pelan korang dan berhenti gunakan kad untuk benda yang tak perlu. Atau boleh letakkan kata-kata semangat untuk memastikan kad itu korang gunakan betul-betul untuk benda yang penting.

    Kad kredit tidak semestinya jahat.

    Guna kad kredit ni sebenarnya tentang bagaimana kita kawal diri kita.
    Jika korang menggunakan kad kedit dengan bertanggungjawab. Bayar hutang kad kredit korang, korangboleh mendapat manfaat daripada penggunaan kad kredit ni.
    Tetapi ingat. Syarikat kad kredit membuat duit apabila korang membelanjakan wang.
    Syarikat kad kredit akan mempromosikan pelbagai benda kepada korang. Tawaran wang kembali, pengenalan, poin penerbangan dan macam-macam lagi.


    11. PENGANGKUTAN

    Kurangkan kos pengangkutan, jangan naik teksi je. antaranya :
    • Car pooling/share kereta dengan ofismate : Ramai yang tak suke cara ni tapi untuk sementara kumpul duit untuk kawen, OK lah kan. Bile share dengan ofis mate, at least jimat duit minyak. And kalau naik kereta orang, jimat duit servis kereta. hehe..
    • Jalan kaki : Boleh exercise body sekali. hehe..
    • Naik basikal : Jarang nampak tapi why not?
    • Naik motor : Bagi aku bahaye sikit kalau perempuan naik motor, tapi selagi pandai jage diri, tak dek hal lah.
    • Naik bas/LRT/Komuter : Better jangan naik teksi. Mahalllll. I know naik public transport kadang-kadang menyampahkan tapi bertahan lah sikit. Lepas kawen, korang suruh lah laki korang yang hantar. Hahaha.


    12. HAPUSKAN HUTANG

    Kira berapa banyak korang telah habiskan untuk membayar hutang korang.

    Korang akan mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh korang gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.

    Apabila korang tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, korang boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat korang membayar hutang, lagi tenang hati korang kerana tak perlu lagi fikir pasal hutang.

    Korang hanya perlu fikir tentang simpan, simpan dan simpan sahaja. Ataupun melabur




    DOA DAN TAWAKAL 

    In-Syaa-Allah dipermudahkan segala urusan. Aaamiin.










    Friday, 10 June 2016

    Tips Turun Berat Badan Sebelum Hari Big Day Anda




    Sebelum tibanya hari bahagia dua sejoli, bakal pengantin terutamanya perempuan, akan mengalami sindrom ‘mahu kurus’. Pelbagai cara dilakukan termasuklah berdiet dan bersenam untuk mendapatkan bentuk badan idaman. Tersilap langkah, bukannya makin kurus tapi naik pula berat badan. Entri kali ini membongkar 10 rahsia kurus perlu bakal mempelai ketahui.


     
    1.Menurut Lawrence Cheskin, M.D., pengarah Weight Management Center di Johns HopkinsBloomberg School of Public Health, rasa pedas adalah umpama perantara  antara selera makan dan perasaan kenyang. Semakin pedas yang dimakan, anda lebih cepat berhenti makan.


    2.Makan epal segar 15 minit sebelum makan akan dapat mengurangkan sehingga 15 peratus jumlah pengambilan kalori. Peratusan ini dibandingkan dengan orang yang hanya minum jus epal sahaja. Menurut pakar pemakanan, Julie Flood Obbagy, mengunyah epal dapat mewujudkan rasa kenyang dan memanjangkan tempoh penghadaman.




    3.Menurut pakar diet, Lauren Slayton, R.D., waktu terbaik untuk mengetahui rasa kenyang adalah sewaktu anda sudah menghabiskan tiga per empat daripada hidangan anda.



    digalakkan tetapi kuantitinya perlu dikawal.
    4.Terbiasa mengamalkan makanan manis, tubuh anda akan mengharapkannya setiap hari. Jika tidak, itulah yang mencetus rasa mahu makan secara ke
    rap. Oleh itu, pengambilan pemanis mulut 



     
    5.Tahukah anda, mufin yang diperbuat daripada minyak sayuran adalah lebih menggemukkan berbanding mufin dengan mentega? Oleh itu, kawal kandungan minyak sayuran yang diletakkan ke dalam ramuan mufin anda.




    6.Tambahkan kuaci madu ke dalam salad, sup atau susu kocak anda. Ia kaya kalori tetapi lebih sihat berbanding kalori yang anda perolehi daripada makanan lain. Untuk kekal kenyang dan sihat, amalkan kuaci dan oat.


    7.Menurut Stephen Gullo, seorang pakar perubatan, snek terbaik adalah seperti sayuran mentah, telur dadar (menggunakan telur putih) mahupun tiga cawan bertih jagung tanpa tambahan perasa.




    8.Anda boleh makan sandwic saiz kecil dengan makanan sampingan yang lain seperti salad, sepotong buah, dan secawan buah. Menurut pakar nutrisi di Tufts University, Susan Roberts Ph.D, makanan-makanan ini rendah kalori dan mempercepatkan rasa kenyang.



    9.Tidak salah seandainya anda minum soda sesekali. Selain memberi ganjaran kepada diri sendiri, ia juga salah satu inisiatif bagi mengelakkan motivasi untuk kurus memberontak dan mendorong anda untk minum lebih banyak


    10.Kebanyakan wanita kekurangan vitamin D dalam tubuh mereka. Tahukah anda, vitamin ini menghasilkan sejenis hormon iaitu leptin? Hormon inilah yang akan menghantar signal bahawa anda sudah kenyang kepada otak. Untuk menambah khasiat vitamin D, amalkan suplemen khas atau ikan salmon.

    Apa - apa pun , semua tips ni tak berguna jika anda tak munasabah diri , set minda anda awal awal . insyaAllah setiap usha ada ganjaran , bersenam adalah cara paling mudah .

    jika anda masih ragu2 dan perlukan khidmat nasihat perkahwinan , serta anda pun mencari wedding planner boleh hubungi saya ( WASSAP ONLY ) 011-256 83 753 - IJA -

    Thursday, 9 June 2016

    TIPS PERSIAPAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN







    Pada anda yang belum berkahwin dan bakal melangsungkan pekahwinan, pasti anda akan berasa gemuruh apabila tarikh perkahwinan yang anda tetapkan bakal tiba bukan? Perkara yang lazimnya menghantui pasangan yang bakal berkahwin ialah perkara yang melibatkan pembelanjaan perkahwinan.

    Perlukah berbelanja besar untuk majlis perkahwinan? Berapakah selalu yang diperuntukkan untuk mengadakan majlis perkahwinan? Bagaimanakah untuk menjimatkan wang anda untuk melangsungkan resepsi perkahwinan anda tanpa menghilangkan kemeriahan majlis perkahwinan anda?

    Islam juga mengesyorkan majlis pekahwinan hendaklah dilangsungkan secara bersederhana sahaja.

    Di sini WOM.my sediakan cara urus belanja kahwin agar lebih berjimat cermat. Antaranya ialah:



    1)      Jimat Melalui Kad Perkahwinan

    Antara perkara yang boleh dijimatkan untuk belanja kahwin anda adalah melalui kad perkahwinan. Tidak perlu membuatkan kad perkahwinan mahal atau ekslusif (melainkan anda mampu) kerana kebanyakan tetamu tidak akan menyimpan kad kahwin sesudah majlis tamat.

    Antara  langkah penjimatan yang boleh dilakukan melalui kad perkahwinan anda ialah dengan anda dan pasangan anda menempah kad perkahwinan pada satu pihak yang sama.

    Lazimnya, apabila anda membuat kad perkahwinan pada satu pihak sahaja, harganya lebih murah. Malah mungkin mereka akan mengurangkan cas untuk seunit kad kahwin anda kerana anda sudah menempah dengan kuantiti yang banyak.

    Pada kad kahwin juga sertakan maklumat-maklumat penting sahaja seperti nama pengantin dan lokasi perkahwinan. Tidak perlu memasukkan elemen yang kurang diperlukan seperti pantun atau doa untuk menjimatkan kos cetakan anda.

    Kini, anda juga boleh sahaja menjemput rakan-rakan anda untuk datang ke majlis anda melalui laman sosial seperti Facebook. Tidak perlu menempah kad kahwin dengan kuantiti yang banyak dan berikan kad kahwin anda pada yang berkaitan sahaja, seperti keluarga terdekat kita.

    # Pastikan juga pihak yang membuat kad perkahwinan anda tidak meletakkan harga tambahan yang tinggi pada seperti caj rekacipta dan caj peta.

    # Anda juga boleh mencetak sendiri kad jemputan kahwin jika mempunyai masa yang masih panjang. Ianya lebih menjimatkan.



    2)      Minta Bantuan Saudara Mara & Sahabat Handai

    Apabila berlangsungnya majlis perkahwinan, saudara mara dan rakan kita adalah pihak paling sesuai untuk kita meminta bantuan untuk melancarkankan majlis perkahwinan kita.  Melalui bantuan saudara mara juga boleh menjimatkan belanja kahwin anda.

    Mintalah bantuan saudara mara anda untuk membantu melancarkan majlis perkahwinan anda sekaligus membantu menjimatkan kos perkahwinan anda. Antaranya ialah menggubah hantaran anda. Tidak perlu untuk mengupah perancang perkahwinan untuk menguruskan majlis perkahwinan anda kerana kosnya yang mahal.

    Rakan anda juga boleh membantu untuk solekan pada anda dan juga sesi bergambar. Ia secara tidak langsung akan mengeratkan silaturrahim.



    3)      Bergotong Royong

    Ya, diakui sudah jarang kita lihat aktiviti gotong royong pada zaman pasca moden yang lebih mementingkan diri. Namun, melalui gotong royonglah anda akan dapat menjimatkan wang saku anda dengan kuantiti yang agak besar dan kemeriahan majlis perkahwinan pasti akan dirasai.

    Pada majlis perkahwinan anda, mintalah bantuan jiran-jiran di sekitar anda dan saudara mara untuk membantu melangsungkan perkahwinan anda daripada pelbagai aspek iaitu dari segi penyediaan makanan, penyediaan khemah, bantuan membasuh pinggan dan gelas yang dipakai ketika digunakan tetamu untuk majlis itu dan pelbagai lagi.

    Tidak perlu lagi menempah katering dalam majlis perkahwinan anda. Jimat bukan?



    4)      Pilih Pakej Perkahwinan yang Murah

    Pada yang menetap dan melangsungkan majlis perkahwinan mereka di bandar, mungkin sukar untuk melakukan majlis perkahwinan secara bergotong royong kerana mungkin komitmen kerja jiran tetangga.

    Jadi anda disyorkan untuk memilih pakej perkahwinan yang murah. Selidik dan kaji mana-mana pakej perkahwinan yang murah dan elak terus bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Cuba tawar menawar untuk mengurangkan harja pakej untuk belanja kahwin anda.

    Anda juga haruslah memastikan ambil dari satu pihak sahaja dan satu pakej untuk penyediaan majlis kahwin anda. Elakkan ambil katering dengan pihak lain dan khidmat solekan dari pihak lain kerana ia akan membuatkan belanja kahwin anda menjadi lebih tinggi.

    Baca Juga: Checklist Perkahwinan



    5)      Buat Majlis Nikah & Sanding Dalam 1 Hari

    Apabila anda melangsungkan majlis nikah dan sanding dalam hari yang sama secara tersurat atau tersirat dapat menjimatkan majlis perkahwinan anda. Anda tidak perlu menyiapkan makanan untuk tetamu sebanyak dua hari, dari situ anda dapat berjimat terutama dalam kos yang melibatkan makanan.

    Selain daripada menjimatkan kos, ia juga menjimatkan masa. Tidak perlu hingga memakan masa berhari-hari untuk langsungkan majlis perkahwinan anda. Cukup satu hari untuk melangsungkan hari yang terindah di dalam hidup anda.

    Baca Juga: Baju Nikah Muslimah



    6)      Penjimatan Pada Kadar Sewa Dewan dan Khemah

    Bagi pasangan yang bakal berkahwin, pastikan anda bijak mencari dewan atau khemah untuk majlis resepsi anda. Pelbagai cara bagaimana untuk menjimatkan kos untuk dewan dan khemah.

    Jika anda memilih untuk melangsungkannya di dewan, pastikan kadar sewa yang dikenakan tidaklah terlalu tinggi. Bijak membuat pilihan dan kaji kadar sewa yang murah dan sempurna segala kemudahan yang terdapat di dalam dewan itu.

    Jika ingin berjimat dengan menyewa khemah, bandingkan segala pakej yang ditawarkan kepada anda. Pilih yang murah dan menawarkan anda pakej tambahan seperti set meja dan tempat duduk untuk tetamu dan sebagainya.

    Jika majlis yang dilakukan hanya secara kecil-kecilan, disyorkan hanya menyewa dewan yang kecil dan khemah yang tidak terlalu banyak untuk menjimatkan kos anda.

    Baca Juga: Katering Perkahwinan



    7)      Buat Perancangan dan Persiapan Awal

    Jika majlis perkahwinan dirancangkan awal, segala persiapan akan menjadi lebih rapi. Membuat persiapan awal untuk majlis perkahwinan juga membantu anda untuk memilih segala kos dan pakej perkahwinan yang murah.

    Anda boleh  mengambil kesempatan ketika berlangsungnya jualan murah dan membeli barang-barang perkahwinan sedikit demi sedikit. Anda juga boleh memilih pakej terbaik pada majlis anda nanti, iaitu seperti untuk sesi fotografi anda nanti.




    8)      Jimatkan Kandungan Goodies Anda

    Goodies bag adalah pemberian ‘cenderamata’ kita sebagai tuan rumah kepada tetamu yang hadir pada majlis kita sebagai tanda terima kasih.

    Kita boleh menjimatkan belanja kahwin kita dengan isi kandungan yang perlu sahaja pada goodies bag kita. Isikan makanan ringan yang mempunyai harga berpatutan dan tidak terlalu mahal. Elakkan daripada membazir dengan meletak yang tidak berfaedah di dalam goodies bag anda bagi mengelakkan pembaziran

    Bagi yang bakal melangsungkan perkahwinan, fikirlah bajet yang sesuai dengan kemampuan anda. Tidak perlu berhutang piutang dengan bank atau orang lain kerana perkahwinan juga boleh dilangsungkan dengan kos yang tidak terlalul besar.

    Lupakan tema yang anda idamkan jika anda kurang mampu membiayainya dan usah hiraukan buah mulut orang mengatakan perkahwinan anda berlangsung secara kecil-kecilan. Jimatkan duit dan gunakan ia untuk kehidupan anda dan pasangan anda selepas berkahwin adalah lebih penting.





    9) Last Sekali " Perdulikan apa orang nak kata "

    Jika anda terlalu risau tentang pendapat org atau dengan kata lain risau orang mengata anda , LUPAKAN SAJA . kenapa anda perlu risau tentang pendapat orang . Dahulukan apa yang wajib dalam agama dahulu .Percayalah Majlis anda Grend macam mana akan ada orang still " mengata " anda . Jadi tak perlu risau , selagi apa yang anda buat tidak ada melanggar hukum Allah .

    Ketahuilah , perbelanjaan selepas majlis perkahwinan lagi penting . Jadi jangan membazir ,berbelanjer ikut kemampuan anda bukan KEHENDAK .

    Bawa bincang jika salah sorang pasangan anda tidak setuju dengan pendapat anda .

    Jika Anda Masih Ragu dan mencari Semua Kateria diatas boleh hubungi saya

    018-2052008 ( ija ) saya ada buat pakej all in harga sangat berpatutan .