Wednesday 15 June 2016

PETUA NAIKKAN SERI WAJAH UNTUK BAKAL PENGANTIN


  • PETUA TRADISIONAL 



1) 44 hari sebelum menjelang hari bahagia

Kata orang, petua ini amat bagus. Hasilnya jika anda amalkan, keserian wajah insyaAllah akan berpanjangan. Petua pertama adalah dengan mengamalkan diri memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari. Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan seterusnya anda makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Jadikan petua ini amalan anda untuk tampak berseri setiap masa.


2) 30 hari sebelum menjelang hari bahagia
Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehinggalah warna air berubah kehijauan. Selepas itu, ada gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah anda. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. Info tambahan, air rebusan sireh ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik juga.



3) Timun sebagai eyemask
Seperti sedia maklum bahawa timun mempunyai khasiat yang sangat bagus, di samping sejuk. Jadi anda hiriskan timun, jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam. Petua ini membantu menghilangkan lebam di bawah mata (eyebag) akibat tidur lewat atau mata penat serta membantu anda menghilangkan mata rasa lesu dan letih. Oh hirisan timun ini juga berupaya untuk menegangkan otot bawah mata! Bagus bukan?


4) Lobak sebagai masker muka
Lobak yang kaya dengan vitamin E yang dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Paling utama, ia juga dalam melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam

5) Air kelapa tua membantu melembapkan wajah
Wajah yang kering dan kusam akan perlihatkan kita seperti sakit. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai masa lapang, cari kelapa tua, dan ambil airnya. Amalkan basuh muka anda menggunakan air kelapa tua itu tadi, biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air bersih. Jadikan ini amalan, anda pasti peroleh kulit muka yang lembap berseri!
  • PETUA MODEN




1) Tidur yang secukupnya

Cuba untuk dapatkan tidur yang secukupnya sebelum menjelang hari bahagia supaya badan sihat dan lebih bertenaga. Elakkan juga bangun lewat kerana seri wajah akan hilang jika anda bangun lewat! Bangun seawal 6 pagi. Amalkan mandi sebelum anda mengerjakan solat subuh, dan sesudah solat, luangkan masa melakukan senaman pagi 5-10 minit menghirup udara pagi. Paling utama, pastikan tidur anda 6-7jam setiap hari!


2) Luang masa di pusat rawatan kecantikan
Seminggu sebelum menjelang hari bahagia, luangkan masa di pusat rawatan kecantikan. Belanja lah lebih sedikit untuk tampak manis berseri di hari bahagia. Lakukan rawatan muka, badan serta pergi ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut agar tampak sihat dan bermaya di hari bahagia anda


3) Minum air putih 8 gelas atau 2 liter setiap hari
Admin kelaskan minum air putih sebagai petua moden kerana admin percaya petua ini tidak makan dek zaman. Pastikan anda minum segelas air selepas bangun dari tidur, sebelum mandi (gosok gigi) jangan tidak tahu ya pembaca sekalian, kerana air ini boleh membantu mencuci dalaman anda serta membantu melancarkan perjalanan darah yang juga dipercayai membantu menaikkan seri wajah anda. Tips menarik untuk dikongsi bersama anda adalah pastikan anda minum air putih (air suam) dalam keadaan duduk. Mengikut sunnah nabi, dengan cara melihat terlebih dahulu air di dalam gelas, bacakan bismillah, selawat ke atas Nabi dan minum dalam keadaan duduk. Menurut sains, dengan minum secara duduk sebenarnya membantu usus kita berkerja kerana jika anda minum dalam keadaan berdiri, dipercayai sebenarnya usus anda berada di dalam keadaan tersekat atau tersumbat. Hal ini kerana terdapat lubang yang ditutup ketika kita berdiri yang membantut urusan 'kerja' usus kita


4) Ambil supplement untuk pemberi tenaga
Pengambilan supplement atau minuman tambahan amatlah digalakkan bagi membantu anda mendapatkan tenaga yang diperlukan. Lebih lebih lagi dalam menyediakan persiapan hari bahagia, pastinya anda memerlukan tenaga tambahan. Kerana pastinya hari anda penat, jadi dengan pengambilan supplement di samping memberikan tenaga, turut menyumbang menyerikan lagi wajah manis anda. Dapatkan supplement yang bersesuaian di farmasi berdekatan!
Petua-petua ini admin peroleh hasil daripada temubual dan kaji selidik yang admin lakukan. Meskipun banyak rawatan moden, tetapi jangan dilupakan terus rawatan atau petua tradisional. Mana datangnya sekarang kalau tidak ada yang dahulu. Kan? Selamat mencuba sayang sekalian!

No comments:

Post a Comment